Tidak disangka pertemuan tanpa sengaja itu membibitkan rasa cinta dalam hati sehingga membawa ke jinjang pernikahan.Hasil perkahwinan tersebut lahirlah puteri yang sangat comel.Puteri membesar dengan penuh kasih sayang daripada kedua orang tuanya.Sampai pada suatu tahap,Puteri terpaksa berjauhan daripada kdua orang tuanya kerana untuk mengejar cita-cita untuk menjadi orang yang berjaya dan membanggakan ibu bapa.
Sepeninggalan Puteri ke luar negara,tinggallah si ibu dan si ayah berduaan sahaja di rumah menjalani sisa-sisa hidup.Hidup dirasakan sunyi sekali tanpa gelak tawa si puteri.Segala urusan dilakukan bersama-sama bagi menghiburkan hati dan menghilangkan rasa rindu pada puteri satu-satunya.
Hari berganti hari,minggu berganti minggu,bulan berganti bulan,tahun berganti tahun.Hampir 10 tahun Puteri di rantauan.Puteri seolah-olah lupa dgn mereka kerana jarang-jarang mengirim khabar berita.Si ibu dan si ayah sangat sedih sekali tapi disedapkan hati dengan beranggapan si puteri sibuk dengan pelajaran dan kerjaya.
* * * * *
Di suatu petang yang hening,si ibu telah menghembuskan nafasnya yang terakhir ketika sedang istirahat bersama-sama si ayah.Si ayah tidak menduga bahawa satu-satunya orang yang sangat dicintai yang setia menemaninya telah pergi jauh dari hidupnya buat selama-lamanya.Si ayah rasa sangat terpukul sekali dan merasakan tiada gunanya meneruskan hidup tanpa ditemani orang tersayang di sisi.Si puteri pula hilang tanpa berita.
Tempoh seminggu yang dilalui dengan penuh linangan airmata.Rindunya pada si ibu tidak tertahan.Si ayah mula berkelakuan aneh dan meminta maaf kepada jiran tetangga.Selain itu,dia juga menemui peguamnya lalu menitipkan surat wasiat.
Suatu malam yang sunyi sepi,si ayah duduk menulis sepucuk surat wasiat lagi.Bersamanya sudah tersedia sebotol racun untuk diminum setelah selesai penulisannya itu kerana dia berhasrat untuk menyusul cintanya yang telah pergi meninggalkan dirinya terlebih dahulu.Sebaik sahaja tangannya ingin mencapai botol racun,tiba-tiba telefonnya berbunyi nyaring minta dijawab.Dengan rasa terpaksa,si ayah bangun untuk menjawab panggilan yang dianggap penyebab rancangannya tergendala buat seketika.Gagang telefon terus ditekapkan ke telinga dan alangkah terkejutnya si ayah apabila terdengar suara seseorang yang sangat dirinduinya sedang bercakap di corong telefon."Ayah,Puteri ingin pulang ke rumah dan menemani ayah.Tunggu kepilangan Puteri,ayah! Puteri sayang ayah! Puteri rindu ayah! Puteri nak jaga ayah!,"ujar puteri satu-satunya.
Mendengarkan khabar tersebut,si ayah sangat bahagia sekali.Terasa diri masih dihargai dan disayangi.Ternyata masih ada yang menginginkannya hidup di dunia ini,serta merta dia mengambil botol racun tersebut lalu membuangnya ke dalam tong sampah.Si ayah bertekad untuk meneruskan sisa hidupnya bersama puteri tercinta dan segala-galanya demi KASIH PUTERI.
* moral value :
-mungkin ramai ibu bapa di luar sana yang mengalami nasib yang sama seperti ayah si puteri.So,sayangilah ibu bapa selagi kita boleh menyayangi mereka.Temani mereka sepertimana mereka menghabiskan waktu mereka untuk melayani karenah kita dari kecil hingga dewasa.Jangan pernah biarkan mereka merasa tidak dihargai dan kesunyian.HARGAILAH IBU BAPA KITA!!
I LOVE PAPA AND MAMA SOOO MUCHHHH!!
No comments:
Post a Comment